Archive for November, 2008

Friday, November 28th, 2008

Bersama pegawai Bahagian Cukai Korporat LHDN

  Selasa dan Rabu lalu saya menjalankan program Pembangunan Modal Insan sesi kedua untuk para pegawai LHDN bahagian cukai korporat. Program kali ini juga dihadiri lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah yang mempunyai pengalaman antara 10 hingga 30 tahun bersama LHDN. Menurut apa yang saya diberitahu oleh peserta, [...]

4 Comments » - Posted in Cerita,Soft Skills by

Thursday, November 27th, 2008

Bersama 700 pelajar Politeknik Merlimau Melaka

  Isnin 24 November lalu saya meluangkan masa sehari bersama lebih kurang 700 pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau Melaka. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Politeknik ini. Kali ini nampaknya lebih meriah dengan kehadiran begitu ramai pelajar. Suasana program ini begitu meriah saya rasakan. Macam ada pesta pula bila mendengar gelak ketawa para [...]

No Comments » - Posted in Motivasi by

Thursday, November 27th, 2008

SmartStudy Memory di Terengganu Darul Iman

Berita baik untuk para pelajar di negeri Terengganu Darul Iman. Saya dengan bantuan sahabat baik saya, Redzuan daripada Institut Kemahiran Showme, Kuala Terengganu akan menjalankan program SmartStudy Memory di Kuala Terengganu pada bulan Disember ini. Program ini adalah program yang sama saya jalankan di Kuala Lumpur seperti yang dimaklumkan di dalam laman web www.SmartStudy.com.my. Maklumat [...]

No Comments » - Posted in Program Motivasi,Teknik Belajar by

Saturday, November 22nd, 2008

Peluang pekerjaan – Team SmartStudy

Saya dan sahabat, Fadzli Yusof sama-sama sedang mencari pekerja untuk membantu menguruskan syarikat kami. Sudah lebih sebulan saya terfikir untuk mengumumkannya di sini tetapi asyik terlupa akibat kesibukan menjalankan program. Apabila saya lawati laman web Tuan Fadzli Yusof pagi tadi dan baca pengumuman beliau, baru saya teringat kembali. Tuan Fadzli Yusof sedang mencari pekerja, seorang [...]

No Comments » - Posted in Khas by

Friday, November 21st, 2008

2 Hari bersama pegawai Bahagian Cukai Korporat LHDN

  Hari ini telah berakhir program 2 hari yang saya jalankan untuk pegawai ‘senior’ bahagian cukai korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Program 2 hari ini dijalankan di dewan latihan blok 9, bangunan kerajaan Jalan Duta. Tajuk program ini ialah Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan. Program kali ini agak istimewa disebabkan beberapa perkara. Pertama, ini [...]

No Comments » - Posted in Cerita,Soft Skills by

Friday, November 21st, 2008

Teknik memory SmartStudy

Terdapat sedikit kekeliruan tentang tempat yang masih ada di dalam program teknik memori yang saya anjurkan. Jika anda lihat posting saya yang lepas, tempat kosong itu telah berubah disebabkan penyertaan baru yang kami terima. Untuk mendapatkan tarikh-tarikh yang masih ada tempat kosong, anda boleh lawati laman web www.SmartStudy.com.my. Terima kasih atas sokongan anda.

No Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by

Wednesday, November 19th, 2008

Sambutan Kursus SmartStudy Memory Skills

Alhamdulillah. Sambutan yang diterima untuk program Teknik Memori SmartStudy sangat menggalakkan. Walaupun saya buka untuk pelajar tahun 4 ke atas, namun ada juga ibu bapa yang bersemangat untuk menghantar anak mereka yang berada di tahun 1, 2 dan 3. Walaupun teknik ini mungkin kurang digunakan pada tahap mereka, saya percaya pendedahan awal akan mampu membuka [...]

No Comments » - Posted in Program Motivasi,Teknik Belajar by

Wednesday, November 19th, 2008

Testimoni guru-guru program Mind Based Learning Terengganu

  Pengalaman menjalankan program Mind Based Learning pada 6-8 November lalu sesungguhnya meninggalkan kesan yang amat positif kepada diri saya. Selain dapat berkongsi dengan guru-guru daripada sekolah seluruh negeri Terengganu Darul Iman, saya mula mendapat satu impian baru. Mungkin saya akan kongsikan mengenai impian baru ini. Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada peserta program [...]

1 Comment » - Posted in Cerita,Program Motivasi by

Tuesday, November 18th, 2008

Hmmm…alahai…

Assalamualaikum Warahmatullah. Buat pengunjung setia blog motivasibelajar ini, terima kasih kerana setia berada di sini. Dalam beberapa hari kebelakangan ini begitu banyak cabaran untuk saya menulis di sini. Banyak perkara tertangguh untuk ditulis. Sebabnya…..? Biasalah…. virus…virus…virus….. Laptop saya diserang virus besar-besaran kali ini. Minggu lepas buat pertama kalinya presentation saya di hadapan Pelanggan Korporat terganggu [...]

2 Comments » - Posted in Cerita by

Thursday, November 13th, 2008

Seminar ‘Perniagaan melalui internet dalam gerakan koperasi’

  Selasa lalu saya berada di PJ Hilton bagi menyampaikan satu slot pembentangan yang bertajuk ‘Konsep dan Prospek perniagaan internet’. Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia dan dibuka kepada ahli koperasi seluruh Malaysia. Saya diberitahu yang pada mulanya hanya dijangka seramai 500 orang sahaja yang akan hadir. Namun sambutan yang diterima [...]

No Comments » - Posted in Cerita,Soft Skills by

Wednesday, November 12th, 2008

Mind Based Learning bersama guru-guru Sekolah Menengah seluruh Terengganu

  Pada 6-8 November lalu, saya sungguh bertuah kerana berpeluang menjalankan program Mind Based Learning (Cara Belajar berasaskan minda)bersama wakil guru daripada semua sekolah menengah seluruh Terengganu. Program ini adalah anjuran Pusat Minda Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Haji Saidi dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Setiap sekolah menengah di seluruh Terengganu menghantar 2 wakil [...]

1 Comment » - Posted in Cerita,Program Motivasi,Teknik Belajar by

Thursday, November 6th, 2008

Hati yang tersentuh…

  Beberapa minggu lalu saya telah dijemput oleh Puan Siti, guru kaunseling Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Sungai Bertih Klang untuk memberikan ceramah ringkas kepada pelajar tingkatan 1. Ceramah ini adalah berkenaan pembinaan sahsiah cemerlang. Sesi ceramah itu adalah biasa sahaja bagi saya. Namun satu perkara yang amat menarik hati saya mengenai sekolah ini ialah semasa saya [...]

5 Comments » - Posted in Cerita,Fikir,Soft Skills by

Wednesday, November 5th, 2008

7 Tanda anda akan gagal di universiti – Kesimpulan

Alhamdulillah, berjaya juga saya akhirnya menulis kesemua 7 tanda seorang pelajar bakal gagal di universiti. Untuk pengetahuan anda, kesemua tujuh tanda ini adalah menurut pendapat dan pemerhatian saya selama menjalankan program dan berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia. Satu perkara penting yang perlu saya utarakan ialah melalui posting ini, anda tidak perlu membuang [...]

2 Comments » - Posted in Fikir,Universiti by

Tuesday, November 4th, 2008

7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 7.1

Percaya atau tidak, 6 tanda pertama yang telah saya terangkan di dalam siri ’7 tanda anda akan gagal di universiti’ ini bermula dengan tanda ketujuh ini. Mahasiswa dan mahasiswi yang tidak pernah fikirkan dengan teliti tentang apa yang mereka mahu lakukan dan capai dalam hidup akan Susah tidur malam dan susah hendak bangun pagi. Takut [...]

1 Comment » - Posted in Fikir,Universiti by

Monday, November 3rd, 2008

Motivasi Pagi di TV3

  Dua minggu lalu saya telah berjaya menyiapkan penggambaran untuk rancangan Motivasi Pagi TV3 bagi episod 6 hingga 8 buat saya. Penggambaran ini dijalankan di Bukit Cahaya Shah Alam. Alhamdulillah, semua proses penggambaran berjalan dengan sangat lancar. Saya juga dipermudahkan untuk membuat rakaman ini tanpa masalah lupa atau hilang idea semasa bercakap. Di sini saya [...]

No Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by