Archive for December, 2008

Sunday, December 28th, 2008

Pusat Tuisyen Showme SmartStudy di Terengganu Darul Iman

Alhamdulillah, setelah begitu lama berbincang dan merancang, akhirnya salah satu impian dan matlamat saya telah tercapai. Mulai Januari 2009, sebuah Pusat Tuisyen di bawah nama SmartStudy akan dimulakan di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pusat Tuisyen ini adalah hasil kerjasama saya dan sahabat baik saya, En Redzuan Aziz, pemilik Intitut Kemahiran Showme. Pusat tuisyen ini [...]

6 Comments » - Posted in Khas,Pengumuman by

Wednesday, December 24th, 2008

Mood cuti…

Esok cuti Krismas. Majoriti sahabat saya yang bekerja kelihatan ceria dengan kehadiran cuti umum ini. Saya juga ceria. Mungkin bukan kerana cuti Krismas tetapi kerana ibu saya ada bersama saya di Kuala Lumpur. Maklumlah, musim cuti sekolah, ramai saudara mara di sebelah Kuala Lumpur akan berkahwin. Beberapa hari lagi ayah dan adik-adik saya pula akan [...]

No Comments » - Posted in Cerita by

Tuesday, December 23rd, 2008

Selamat Hari Lahir Pertama Danish!

  Hari ini genaplah umur anakanda bongsu (buat masa ini) saya 1 tahun. Setahun yang lalu, ketika beliau lahir ke dunia, saya sedang menjalankan tanggungjawab sebagai trainer di Besut bersama pegawai-pegawai daripada IKM Pasir Mas Kelantan. Masih teringat lagi bagaimana saya hanya dapat berjumpa dengan anakanda saya ini selepas dia berumur beberapa hari. Anakanda saya ini lebih [...]

4 Comments » - Posted in Cerita,Khas by

Monday, December 22nd, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam – Tanda 2.1

Adakah anda suka berangan atau berkhayal? Kebanyakan orang dewasa mengatakan mereka tidak suka berangan atau berkhayal. Membuang masa kata mereka. Benar, berangan boleh jadi satu aktiviti yang membuang masa. Namun, saya percaya anda pernah duduk sendirian sama ada sedang menunggu sesuatu atau ketika anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mungkin juga anda sendirian sementara [...]

2 Comments » - Posted in Fikir,Motivasi,Persediaan Minda by

Wednesday, December 17th, 2008

Program Teknik Memori SmartStudy Di Terengganu Darul Iman

Sabtu ini, 20 Disember 2008 saya akan berada di negeri Terengganu Darul Iman bagi menjayakan program SmartStudy learning Skills. Agak seronok juga saya rasa kerana selain daripada boleh balik ke kampung, saya akan dapat realisasikan impian saya selama ini untuk menjalankan program sebegini di negeri tempat saya membesar ini. Program kali ini mungkin akan lebih [...]

No Comments » - Posted in Pengumuman by

Tuesday, December 16th, 2008

Selamat Hari Lahir ke-3 Darwish!

  Hari ini genaplah umur anakanda kesayangan saya Darwish 3 tahun. Saya masih ingat betapa gembiranya saya ketika Darwish tiba ke dunia ini tiga tahun lalu. Hari jadi tahun ini disambut begitu awal, lebih kurang pukul 12.01 pagi tadi kerana Darwish masih belum tidur lagi. Kelakar pula rasanya apabila Darwish tersengih-sengih seperti pelik kenapalah agaknya [...]

2 Comments » - Posted in Cerita,Khas by

Monday, December 15th, 2008

Rakaman siri Anggun Pesona RTM2

Sebentar tadi saya baru sahaja selesai merakamkan satu episod pendek rancangan Anggun Pesona yang bakal ditayangkan di RTM2 pada awal tahun 2009 ini. Tajuk yang dibincangkan ialah Keluarga dan Kerjaya. Segmen pendek ini membincangkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita yang bekerja. Antara soalan yang diajukan kepada saya ialah tentang impak menggunakan [...]

3 Comments » - Posted in Cerita by

Monday, December 15th, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam – Tanda 2.

Tanda kedua halangan minda mungkin sedang menyekat bakat terpendam anda ialah apabila anda ‘lebih suka mengenang kegagalan yang lalu’. Banyak perkara yang boleh memenuhi fikiran anda. Anda boleh fikirkan tentang apa yang berlaku sekarang, pada masa lepas atau apa yang bakal berlaku suatu hari nanti. Namun, jika fikiran anda disekat oleh halangan minda, anda akan [...]

No Comments » - Posted in Fikir,Motivasi,Persediaan Minda by

Thursday, December 11th, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam – Tanda 1.1

Sudahkah difikirkan perkataan-perkataan dan ayat yang biasa anda sebut setiap hari? Seperti yang saya gambarkan dalam posting lepas, perkataan-perkataan itu adalah gambaran kepada halangan minda yang sedang menyekat potensi sebenar dan bakat kita yang selama ini terpendam. Dapatkah anda mula rasakan apakah bakat yang terpendam dalam diri jika anda berhenti menyebut perkataan-perkataan susah dan tak boleh? [...]

5 Comments » - Posted in Fikir,Motivasi,Persediaan Minda by

Wednesday, December 10th, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam – Tanda 1.

Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ‘susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda [...]

6 Comments » - Posted in Fikir,Motivasi,Persediaan Minda by

Thursday, December 4th, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam.

Di dalam program bersama pelajar dan orang dewasa, satu topik yang pasti saya kongsikan ialah topik halangan minda. Saya definisikan halangan minda ialah sesuatu yang menghalang potensi sebenar diri kita. Apa yang mengejutkan, halangan itu cuma wujud di dalam minda kita sahaja. Halangan minda boleh dilihat seperti sekatan jalan raya. Apabila ada sekatan jalan raya, [...]

7 Comments » - Posted in Fikir,Motivasi,Persediaan Minda by

Wednesday, December 3rd, 2008

Satu IMPIAN….

Sudah beberapa hari rasanya saya menulis tentang halangan dan impian. Semuanya sebenarnya kerana ada satu impian baru yang muncul di dalam minda saya sejak beberapa bulan lepas. Disebabkan saya asyik ke sana ke mari mengajarkan teknik untuk menghafal dan juga teknik untuk belajar dengan berkesan, saya terfikir, “Apa agaknya akan jadi kalau semua pelajar di [...]

No Comments » - Posted in Fikir,Motivasi by

Tuesday, December 2nd, 2008

Matlamat suatu impian…

“Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~ Selepas program yang biasa saya jalankan bersama pelajar, biasanya akan ada pelajar yang datang meminta tandatangan dan kata-kata semangat. Disebabkan kesuntukan masa, saya pilih mutiara kata paling ringkas dan paling bermakna buat saya. Mutiara kata itu ialah apa yang tertera di atas. Ada juga antara pelajar yang [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Mutiara Kata by

Monday, December 1st, 2008

Soalan & Jawapan

Soalan: Terima Kasih kerana berkongsi. Saya nak mohon nasihat Adik saya akan menghadapi SPM tahun hadapan. Tapi saya rasa dia tak tahu bagaimana hendak hadapi SPM tu. Kurang bermotivasi. Tak tahu kenapa pentingnya SPM Jadi bagaimana ya, nak nasihatkan dia? ~Mumtazah~ Jawapan: Mumtazah, terima kasih kerana bertanya. Memang sukar untuk nasihat adik sendiri. Ia sama [...]

1 Comment » - Posted in Motivasi by

Monday, December 1st, 2008

Tanpa halangan…

“Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~ Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi [...]

3 Comments » - Posted in Fikir,Khas,Mutiara Kata by