Archive for November, 2009

Monday, November 30th, 2009

Cuti Sekolah – Mahu belajar tetapi tidak tahu di mana hendak bermula.

  Cuti sekolah sudah bermula. Bagi pelajar yang sudah lama mengidam untuk bebas daripada belenggu jadual persekolahan, inilah masanya. Tidak perlu kelam kabut bersiap di waktu pagi dan tidak perlu memeningkan kepala menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam. Namun untuk segelintir pelajar, cuti sekolah ini mahu juga diisikan dengan sesi pembelajaran dan ulangkaji. Disusunnya semua [...]

1 Comment » - Posted in Teknik Belajar by

Saturday, November 28th, 2009

Video SmartStudy di Youtube

  Sejak beberapa minggu lalu, saya telah usahakan untuk memuatkan beberapa klip video program SmartStudy kendalian saya ke dalam Youtube. Walaupun sudah merancang melakukan perkara ini, hasrat itu terhalang oleh batasan waktu. Kini Alhamdulillah saya telah berpeluang memasukkan beberapa video ke dalam Youtube ini. Di bawah ini adalah sebahagian kecil daripada program yang saya jalankan [...]

No Comments » - Posted in Youtube by

Thursday, November 26th, 2009

Buku Buat Duit Dengan Tuisyen diulang cetak

  Alhamdulillah, saya menerima satu berita gembira hari ini daripada Tuan Aizat, Senior Editor, PTS Professional. Berita tersebut ialah berita mengenai buku saya ‘Buat Duit Dengan Tuisyen’ yang akan diulang cetak. Buku ini adalah buku pertama saya dengan PTS Professional yang diterbitkan pada bulan Mac 2009 yang lalu. Buku ini adalah mengenai bagaimana kerjaya mengajar [...]

No Comments » - Posted in Tuisyen by

Wednesday, November 25th, 2009

SmartStudy Memory Skills di Mutiara Motors, Johor.

  Jumaat hingga Ahad lalu saya berada di Mutiara Motor Resort, Johor bagi menjayakan program Bengkel Bijak Belajar untuk lebih kurang 50 orang pelajar darjah lima dan tingkatan 2. Program ini adalah anjuran Pasukan Pelindung Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor. Di dalam program ini, modul utama yang saya sampaikan ialah [...]

No Comments » - Posted in Program Motivasi,Teknik Belajar by

Tuesday, November 24th, 2009

Topik Andartu di dalam rancangan Adam & Hawa

  Pada hari Isnin yang lalu buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Wisma Bently, Mutiara Damansara bagi menjayakan rakaman rancangan Adam dan Hawa terbitan Erma Fatima Production. Ini merupakan satu pengalaman baru saya buat saya bekerja bersama dengan pengarah berpengalaman dan terkenal, Puan Erma Fatima yang saya lihat begitu teliti dan jelas dengan hasil kerja [...]

2 Comments » - Posted in Khas by

Friday, November 20th, 2009

Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen, Ahad, 20 Disember 2009

  Pada 20 Disember, Ahad, saya sekali lagi akan menjalankan Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen di Pusat Motivasi SmartStudy. Bengkel ini akan membincangkan beberapa topik utama bagaimana caranya untuk menjana wang dengan mengajar tuisyen. Di dalam 2 program yang telah saya jalankan sebelum ini, sambutan yang saya terima adalah lebih 80% daripada pengusaha pusat tuisyen [...]

2 Comments » - Posted in Program Motivasi by

Thursday, November 19th, 2009

Kursus Pemantapan Guru & Staf MRSM Kota Putra, Besut Terengganu

  Pada 13 November (Jumaat) lalu, saya berpeluang sekali lagi menjalankan program untuk MRSM Kota Putra, Besut Terengganu. Sebelum ini saya telah temui semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dalam 3 program berasingan. Kini saya berpeluang pula berjumpa dengan semua guru dan staf MRSM Kota Putra ini. Kursus ini dijalankan di Gem Beach Resort, [...]

No Comments » - Posted in Program Motivasi by

Wednesday, November 18th, 2009

Tip Peperiksaan 1 minit di Selamat Pagi Malaysia

  Bermula minggu lepas dan minggu ini, saya muncul di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di dalam slot ‘Tip Peperiksaan’ yang berlangsung selama 1 minit. Slot pendek 1 minit ini adalah untuk saya berkongsi tentang tip-tip belajar dan menguruskan diri untuk pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM. Rakaman ini pula telah dijayakan 2 minggu lalu [...]

No Comments » - Posted in Pengumuman by

Wednesday, November 11th, 2009

Hari Terbuka True Wealth – Azizi Ali

True Wealth akan menganjurkan hari terbuka bermula 13 hingga 15 November ini di pejabat mereka di Kelana Jaya. Saya juga akan berada di sana pada Ahad ini, 15 November bagi menyertai acara dan sesi-sesi yang dijalankan. Jika anda ada kelapangan, jemputlah ke sana. Manalah tahu kita berpeluang untuk berbicara dan bersua muka. Maklumat lanjut boleh [...]

No Comments » - Posted in Pengumuman by

Friday, November 6th, 2009

Tips bercakap di hadapan khalayak ramai bersama pelajar UDM Terengganu

  Program ini sebenarnya telah dijalankan pada 26 Julai 2008. Hampir setahun setengah yang lalu. Ketika itu, saya kongsikan bersama lebih 200 pelajar yang hadir tentang tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai mahasiwa dan mahasiswi pusat pengajian tinggi. Di dalam program ini, turut ada satu slot bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri semasa berucap di hadapan [...]

No Comments » - Posted in Soft Skills,Youtube by

Thursday, November 5th, 2009

Bersama lebih 3000 pelajar SPM Negeri Selangor

(Saya kurang pasti apakah masalahnya video Youtube di atas tidak muncul di sini. Jika anda ingin menontonnya, anda boleh klik di sini dan klik pada video Youtube yang dipaparkan. Terima kasih. http://www.motivasibelajar.com/motivasi/you-tube.html)  Pada 25 Oktober yang lalu, saya telah memecahkan rekod peribadi berdiri dihadapan lebih 3000 orang pelajar SPM negeri Selangor. Ini adalah sumbangan saya [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Youtube by